BOSOU

BOSOU

Bosou atau Tinamba, yang menyerupai pekasam atau jeruk, adalah makanan tradisi istimewa suku Dusun di Ranau, Sabah. Terdapat beberapa jenis Bosou seperti Bosou Ikan, Bosou Daging, Bosou Nangka dan Bosou Sayur, dan boleh dihidang begitu sahaja seperti budu atau tempoyak di Semenanjung Malaysia.

Bosou dihasilkan daripada isi ikan mentah seperti ikan kepayang (Pangium edule) atau daging mentah yang digaul dengan nasi putih dan garam, serta buah-buahan seperti nangka dan nanas muda, dan sayuran seperti batang pisang yang muda, umbut polod (sejenis pohon rumbia) dan tuhau (tumbuhan dalam keluarga bunga kantan). Bahan pengawet iaitu 'pangi' ditambah untuk mengelak Bosou daripada menjadi basi dan berbau busuk.

Bahan-bahan diperam di dalam bekas (biasanya tempayan kecil) dan ditutup rapat selama lebih kurang seminggu. Bekas tradisi bagi menyimpan Bosou adalah yang berbentuk labu ditutup dengan lilin lebah, dan ‘kakanan’ iaitu tempayan kecil. Kini bekas-bekas tradisi ini digantikan dengan bekas plastik dan kaca.

JKKN SABAH

Kompleks JKKN Sabah,
KM 4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-237052 Fax : 088-242 052