UMAI

Umai adalah makanan tradisional kaum Melanau yang berasaskan ikan mentah (Umai Ikan) atau udang mentah (Umai Udang). Jenis-jenis ikan ialah seperti ikan parang, ikan bawal hitam, ikan yu atau ikan terubuk. Bahan utama disiang dan dibersihkan serta digaul bersama bawang merah, bawang besar, cili, jus limau, halia dan bahan-bahan sampingan yang lain mengikut citarasa sendiri.