KUIH CELOROT

Makanan tradisional Kuih Celorot atau dipanggil juga Segurut terkenal dalam kalangan masyarakat Melanau. Bahan asas sajian ini ialah tepung beras, santan, gula melaka, garam dan air secukupnya. Adunan bahan-bahan asas ini dibalut dengan pucuk daun nipah dan dikukus sehingga masak.