KUIH BONGKOL

Kuih Bongkol diperbuat daripada tepung beras, santan dan gula apong yang diadun kemudian dimasukkan ke dalam daun pisang dan dikukus. Rasanya enak dan manis, serta teksturnya lembut. Sajian tradisi ini popular sebagai juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan.