BUAH DABAI

Buah Dabai, atau nama saintifiknya Canarium Odontophyllum, menyerupai buah kurma, dan banyak terdapat di Bahagian-Bahagian Sibu, Kapit dan Sarikei. Buahnya berwarna putih ketika putik dan menjadi kehitaman apabila masak. Buah ini perlu direndam dengan air suam terlebih dahulu sebelum dimakan bagi melembutkan isinya yang sangat keras. Dabai boleh dimakan bersama garam, kicap dan cili padi sebagai perasa tambahan.