AYAM PANSOH

AYAM PANSOH

'Pansoh' bermaksud makanan yang dimasak di dalam buluh. Justeru, Ayam Pansoh bermaksud ayam yang dimasak di dalam buluh. Makanan tradisional masyarakat Iban ini dijadikan lauk dan 'tabas', yakni pembuka selera, semasa perayaan.

Biasanya ayam tua digunakan bersama serai, halia, umbut lengkuas, garam dan penambah perasa. Kesemua bahan digaul kemudian disumbat ke dalam buluh bersama ayam. Daun pucuk ubi kayu diletakkan di hujung buluh untuk menghasilkan bau wangi. Buluh dibakar menggunakan arang dan kayu api.

JKKN SARAWAK

Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,

93000 Kuching, Sarawak.
Tel : 082-422 006/423 106 Fax : 082-244 394