ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MELAYU: ADAT BERMADAH

PENGENALAN
Bagi masyarakat Kelantan, Bermadah membawa maksud menjemput atau mempersilakan, dan dilaksana apabila kedua ibubapa berhasrat mengadakan majlis kenduri perkahwinan anak mereka. Masyarakat Kelantan menggelarkan adat ini sebagai padah. Undangan lebih dikenali sebagai Walimatul Urus Perkahwinan. Kini, undangan juga dikenali sebagai Majlis Kesyukuran.
Proses bermula dengan menempah kad undangan berdasarkan bilangan yang akan diundang. Kebiasaannya keluarga terdekat diundang secara lisan. Setelah kad siap ibubapa bakal kedua pengantin bertandang dari rumah ke rumah untuk menyampai hajat tersebut. Kadangkala para penduduk di kampung sebelah turut diundang bergantung pada saiz kenduri yang bakal diadakan itu.