ETAK SALAI

Etak atau Etok (dalam dialek Kelantan), atau nama saintifiknya Corbiculacea, adalah sejenis kerang sungai di kawasan antara air tawar dan air masin. Kulit etak biasanya berwarna coklat kehitaman atau kuning cerah. Yang berwarna coklat kehitaman sering di kawasan sungai yang berlumpur, manakala yang berwarna kuning cerah pula di kawasan berpasir. Etak dibakar menggunakan arang kayu. Setelah masak hidangan ini dicampurkan dengan sedikit garam dan bahan perasa lain untuk menambahkan keenakannya.