CEK MEK MOLEK

Kuih Cek Mek Molek, atau lebih dikenali sebagai Cek Mek sahaja, digelar sedemikian kerana bentuknya yang bujur dan permukaan yang licin, selaras dengan dialek Kelantan yang merujuk kepada sesuatu benda kecil yang comel, cantik, berbentuk bujur dan permukaan yang licin sebagai Cek Mek. Kuih ini diperbuat daripada ubi keledek yang dilenyek dan tepung gandum sebagai adunan, serta gula sebagai inti. Kuih ini kemudian digoreng.