NASI DAGANG

Nasi Dagang adalah hidangan tempatan istimewa yang terkenal di Terengganu dan biasanya dihidang sebagai juadah untuk sarapan. Secara tradisionalnya, nasi dibungkus menggunakan daun pisang dibentuk seperti kon dan diikat dengan lidi.
Hidangan ini biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama santan kelapa, kemudian dihidang dengan ikan berserta kuahnya yang dimasak menggunakan rempah khas. Ikan yang digunakan adalah ikan tongkol yang bersaiz besar dan dipotong-potong. Sebagai tambahan, nasi ini dihidang bersama acar timun.