JERUK MAMAN

Tumbuhan
maman, atau nama saintifknya Cleome Gynandra, adalah jenis renek yang hidup di
kawasan berpasir dan tanah lapang. Kebiasaannya pucuk atau daun muda dibuat
jeruk sebagai pembuka selera. Air jeruknya menjadi cicah ikan bakar dan makanan
lain. Bahan asas penyediaan jeruk tradisi ini ialah pucuk atau daun muda maman,
nasi putih, garam dan air secukupnya.