SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH

Makanan tradisional negeri Pahang yang
diwarisi sejak turun temurun ini telah menjadi identitI negeri kerana
keistimewaannya yang tersendiri. Ramai yang berpendapat hanya mereka yang mahir
sahaja mampu menghasilkan sambal hitam ini.
Selain belimbing hitam, bahan asas lain ialah
cili padi, ikan bilis, bawang merah dan minyak masak. Cili padi ditumbuk
bersama bawang dan ditumis dalam minyak masak sehingga naik baunya. Kemudian
masukkan ikan bilis yang ditumbuk bersama belimbing hitam. Masak hingga sebati.
Sambal Hitam Belimbing Buluh berasal dari
negeri Pahang menggunakan belimbing buluh, ikan bilis dan cili sebagai bahan
utama. Pengolahannya mengambil masa yang agak lama.
Sambal hitam ini cukup unik dan amat terkenal
terutama di sekitar daerah Jerantut, Kuala Lipis dan Raub.
Makanan tradisi negeri Pahang yang diwarisi
sejak turun temurun ini, menjadi identity ketiga-tiga daerah ini kerana
terdapat keistimewaannya yang tersendiri, menambah selera makan sesiapa sahaja.
Mengimbau masa lampau, sambal hitam dicipta kerana dari segi ketahanan makanan itu sendiri kerana belum wujud lagi peti sejuk untuk mereka menyimpan makanan dan masakan mereka.
Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh / Sambal Hitam Pahang
Bahan - Bahan
1/2 Kg Cawan Belimbing Buluh Segar
1/2 Kg Cawan Cili Padi – Ikut Kepedasan
Masing2
2 Cawan Ikan Bilis Yang Telah Dikopek
Garam & Gula Secukup Rasa
1 Cawan Minyak Masak
Kicap Manis Secukup Rasa
6 Ulas Bawang Merah ( 3 Ulas Ditumbuk, 3 Ulas
Dihiris Nipis )
3 Ulas Bawang Putih (Ditumbuk)
Cara Memasak :
1. Basuh bersih dan rebuskan belimbing buluh
dalam periuk tanpa air dan renehkan dengan api yang kecil sehingga belimbing
buluh mengeluarkan airnya sendiri dan mengecut (lebih kurang 3 jam).
2. Pastikan anda teruskan mengacau setiap 2
minit sehingga air belimbing kering dan belimbing bertukar menjadi warna gelap.
3. Kemudian, tumbukkan cili padi, 3 ulas
bawang merah (3 ulas lagi dihiris nipis), ikan bilis, belimbing buluh sehingga
separa lumat.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan
hirisan bawang merah sehingga berbau wangi.
5. Masukkan satu persatu bahan yang telah
dikisar/ditumbuk dan gaul rata Kacau perlahan-lahan dari semasa ke semasa.
Setelah separuh garing, tambahkan garam, gula dan kicap secukup rasa.
6. Teruskan proses kacau mengacau tanpa henti
supaya tidak hangus. Setelah garing dan warna bertukar hitam, agak kering dan
garing.
7. Bila dah garing tutupkan api dan sejatkan
dengan menggunakan penapis santan untuk toskan minyak. Hidangkan atau boleh
disimpan dalam bekas yang sesuai (sambal ini boleh disimpan lama).