KUIH BADAK KUBANG

KUIH BADAK KUBANG

Kuih Badak Kubang adalah makanan tradisi terutama di Daerah Chenor, Pahang. Sajian ini berbentuk bulat dan rasanya lemak manis. Kuih ini diperbuat daripada campuran tepung pulut hitam, kelapa parut, santan kelapa dan garam secukupnya. Bahan-bahan asas tersebut diletakkan di atas daun pisang yang dipotong bulat kecil yang kemudiannya diletak di dalam pinggan logam dan dikukus sehingga masak.

Bahan - Bahan :

·        2 cawan tepung pulut putih

       2 cawan tepung pulut hitam

·        Gula Melaka | potong dadu kecil

·        Sedikit air

·        Daun pisang secukupnya

Bahan - Bahan Kuah Putih :

·        1 cawan tepung beras

·        4 cawan santan

·        Sedikit garam

Cara Memasak :

1. Campurkan tepung kedua-dua jenis tepung pulut dan campurkan dengan sedikit air.

2. Adun menjadi doh seperti kuih Melaka.

3. Bulat-bulatkan dan letakkan gula Melaka di tengahnya.

4. Susun dalam loyang yang di alas dengan daun pisang yang telah disapu minyak masak.

5. Kukus lebih kurang 10 minit.

6. Keluarkan dan tuangkan bahan kuah putih yang sudah dicampur dan dikacau rata.





Tel : 09-517 8466 Fax : 09-517 9466

JKKN Pahang

Kompleks JKKN Pahang,

Lot 57100, Jalan Tok Sisek,

25000 Kuantan,

Pahang Darul Makmur.