GULAI LEMAK SIPUT SEDUT

Gulai Lemak Siput Sedut berasaskan siput sedut yang banyak terdapat di dalam sungai, dimasak bersama bahan-bahan lain seperti keladi, serai, daun kunyit, asam gelugor, santan cair, pati santan, garam dan gula secukupnya.
Cara penyediaannya adalah sama seperti masakan gulai yang lain, bezanya pada bahan utama iaitu siput sedut. Sebelum dimasak bahagian hujung siput sedut perlu dipotong untuk mengeluarkan kotoran dan memudahkan ia disedut semasa dimakan.