ASAM ROM

Asam Rom, makanan tradisional dalam kalangan masyarakat Melayu di daerah Jerantut, Pahang, diperbuat daripada isi biji getah yang telah melalui beberapa proses sebelum dijadikan makanan. Isi tersebut dijemur selama tiga hingga tujuh hari sebelum ditumbuk kasar.
Asam ini boleh dimasak bersama ikan atau sayur, seperti kangkung. Jika dicampurkan dengan kangkung hidangan itu kelihatan seperti Kangkung Taucu. Jika dimasak dengan ikan maka dikenali sebagai Gulai Asam Rong yang cara memasaknya sama seperti gulai yang lain cuma perlu dicampurkan sedikit asam rom.