TARIAN RONGBANG CHETTI

TARIAN RONGBANG CHETTI

Rongbang Chetti adalah satu  tarian joget yang telah diolah menjadi satu karya kreasi baharu yang beridentitikan etnik Chetty di Melaka. Rongbang Chetty bermaksud ronggeng bangsa Chetty. Tarian ini diilhamkan daripada kemeriahan suasana kehidupan kaum Chetti Melaka. Umumnya, kaum Chetti Melaka tiada lagi tarian khas atau khusus yang memperkenalkan kaum itu sendiri. Di negeri Melaka, kaum Chetti merupakan kaum minoriti dan unik, komuniti budaya Chetti ini amat gemar berjoget, maka itu tarian Rongbang Chetti ini diangkat untuk memastikan budaya dan identiti kaum tersebut mendapat perhatian dan dikenali seperti kaum-kaum lain di Malaysia.

06-2331787

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka

Kompleks JKKN Melaka,

Lebuh Ayer Keroh,

75450, Melaka.
Tel : 06-233 1790 Fax : 06-233 1784