AYAM BUAH KELUAK

Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya
terkenal dengan makanan tradisionalnya yang biasanya berasaskan masakan
masyarakat Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan
masakan pedas kaum Melayu. Ayam Buah Keluak telah menjadi satu tradisi atau
simbol masakan Peranakan. Buah keluak (kacang hitam Indonesia) adalah merupakan
bahan utama dalam masakan yang memberikan kesan warna terhadap hidangan ini.
Setiap keluarga peranakan memiliki resepi tersendiri dengan citarasa
tersendiri. Oleh kerana itu, cara terbaik memasak hidangan ini adalah mengikut
resepinya dan diubah mengikut kesesuaian selera masing-masing. Ramuan utama
hidangan ini adalah kacang keluak dan sos masam pedas.
Bahan-bahan:
·
1/2 ekor ayam
saiz sederhana (dipotong sepuluh bahagian cuci dan toskan)
·
12 biji buah
keluak
·
2 batang serai
·
1 liter air asam
jawa
·
1 sudu serbuk
pati ayam
·
Garam dan gula
secukup rasa
·
Air jika perlu
Bahan-bahan kisar:
·
30 tangkai cili
kering
·
12 biji bawang
merah
·
4 ulas bawang
putih
·
1 inci belacan
·
3/4 inci kunyit
hidup
·
5 batang serai
(dihiris halus)
· 1/2 inci lengkuas
Penyediaan buah keluak
Buah keluak mentah mesti dicuci bersih dan direndam selama 7 hari kemudian air rendaman perlu digantikan dengan yang baharu setiap hari. Buah keluak kemudian direbus pada hari ketujuh selama sejam sebelum mulut buah keluak dibuka.
Cara masakan:
·
Panaskan satu
senduk minyak masak dalam kuali
·
Masukkan 2 batang
serai
·
Tumis bahan yang
telah dikisar sehingga pecah minyak dan berbau wangi
·
Masukkan buah
keluak dalam tumisan dan masak sebati
selama 2 minit
·
Masukkan ayam
yang telah dipotong dan gaul sehingga ayam separuh masak.
·
Masukkan air asam
jawa.
·
Masukkan air
sehingga menutupi ayam
·
Kuah hampir pekat
masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam mengikut citarasa
·
Gaul sehingga
ayam empuk dan masak.
·
Sedia untuk
dihidang.