ASAM PEDAS

ASAM PEDAS

Asam Pedas terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu terutama di Melaka, dan disukai oleh penduduk negeri tersebut serta pelancong dari dalam dan luar negara. Asam pedas adalah masakan yang sinonim dengan negeri Melaka dan juga Johor. Namun begitu asam pedas Melaka dan Johor  mempunyai sedikit perbezaan. Asam pedas Melaka banyak menggunakan rempah yang merupakan resepi turun temurun sejak zaman berzaman antaranya halia, buah keras, lengkuas, asam jawa dan belacan di samping sedikit jintan manis dan halba untuk menambah perisa. Tetapi penggunaan bahan ini bergantung kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan.

Bahan utama adalah sama ada ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah atau ikan terubuk, manakala bahan tambahan ialah cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, daun kesum, bunga kantan, air asam jawa, dan sama ada asam gelugur atau daun limau purut. Amaun kesemua bahan ini mengikut sukatan masakan.

Bahan-bahan:

10 potong ikan pari

12 batang bendi

2 sudu besar cili kering kisar

2 sudu besar rempah kari ikan

2 sudu besar serbuk kunyit

3 tangkai daun kari

2 kuntum bunga lawang

1 inci belacan

2 sudu besar kerisik

1 liter air asam jawa

sedikit halba

Garam dan serbuk perisa

Air secukupnya

 

Bahan-bahan kisar:

11 biji bawang merah

1 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

1 sudu kecil jintan manis

1/2 sudu kecil lada hitam

Cara Masakan:

Campurkan rempah kari dengan serbuk kunyit dalam mangkuk berisi cili kering kisar.

Jintan manis, lada hitam dan sedikit halba yang telah dikisar halus dicampur bersama dalam campuran cili kering berempah.

Tuang sedikit air untuk sebatikan semua bahan tersebut.

Panaskan kuali dan masukkan sesenduk minyak masak.

Masukkan kisaran bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia.

Tumis dan gaul sebati sehingga naik bau.

Masukkan bahan rempah yang digaul tadi sehingga naik bau.

Tuang sedikit air untuk didihkan rempah.

Masukkan 2 sudu garam dan sedikit serbuk perisa.

Masukkan air asam jawa dan kacau sehingga mendidih.

Letakkan bendi dalam masakan dan biar sehingga empuk.

Kecilkan api dapur dan biar sebentar sehingga ikan pari masak.

Sedia untuk dihidangkan.

 

019-6855445

Mohamad Dom bin Mohamad Saad

Asam Pedas Pondok Otek 

No.59, Jalan BKP 1,

Taman Bukit Katil Permai,  

75450, Melaka