KUIH KERIA

KUIH KERIA

Kuih Keria bukanlah kuih tradisi Melaka, namun kuih Keria yang disaluti dengan gula Melaka itu adalah sesuatu yang lain dan unik yang membezakan kuih ini. Kuih Keria Gula Melaka semakin terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia pada hari ini. Keunikannya terdapat pada salutan gula Melaka yang mempunyai rasa yang sudah tentu berlainan dengan rasa gula pasir. Asasnya sama seperti kuih Keria lain iaitu menggunakan ubi keledek yang direbus, dilenyek, ditambah sedikit tepung untuk mendapatkan struktur yang lebih padat dan kemudian dibentuk bulat seperti donat. Untuk mendapatkan rasa yang lebih manis dan enak, adalah lebih baik menggunakan ubi keledek oren. Setelah mendapat bentuk bulat yang diingini, keledek tadi perlulah digoreng. Sementara menunggu gorengan selesai, air gula Melaka disediakan bagi proses menyira Keria kelak. Kuih Keria gula Melaka ini mempunyai struktur yang agak keras pada sira gula melakanya namun mempunyai tekstur yang lembut di dalam. Keenakannya lebih terserlah apabila dimakan ketika kuihnya masih panas-panas.

06-2331787

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka

Kompleks JKKN Melaka, 

Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 

75450, Melaka