MASAKAN ETNIK PORTUGIS KARI DEBAL

MASAKAN ETNIK PORTUGIS KARI DEBAL

Ada orang mengatakan bahawa kari debal ini diberi nama bersempena dengan rasanya yang terlalu pedas. Kari debal ini merupakan kari yang pedas tanpa menggunakan sebarang serbuk kari dan mengandungi rempah-ratus lain seperti buah keras, lengkuas dan cuka. Ia adalah masakan tradisional masyarakat Portugis di Melaka dan Singapura. Kebiasaannya ia dihidangkan pada Hari Krismas atau majlis-majlis istimewa yang diraikan bersama dengan ahli keluarga.


BAHAN-BAHAN:

 

Ayam

Cili Kering

Bawang Besar

Cili Merah

Ubi Kentang

Lengkuas

Serai

Halia

Kunyit Hidup

Cuka Masak

Buah Keras

Biji Sawi

Asam Jawa

Garam

 

CARA MEMASAK:

 

Rebus cili kering dan kisar

Hiris bawang besar dalam bentuk dadu.

Kisar bawang besar, serai, lengkuas, serai, halia, kunyit hidup, buah keras sehingga hancur kesemua bahan.

Goreng halia sehingga garing.

Tumis cili kisar bersama bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan biji sawi sehingga naik bau dan pecah minyak

Masukkan ayam dan seterusnya ubi kentang

Letak air asam jawa

Gaul semua bahan ini sehingga sebati

Masukkan cuka masak

Taburkan cili merah dan halia yang digoreng tadi sebagai hiasan. 

014-6908434


Sara Frederica Santa Maria

25, Jalan Eredia,

Perkampungan Portugis Melaka

75050 Melaka