MASAKAN ETNIK PORTUGIS STEW AYAM

MASAKAN ETNIK PORTUGIS STEW AYAM

Stew Ayam adalah salah satu masakan tradisi yang popular dalam kalangan masyarakat Portugis di negeri Melaka. Masakan ini mempunyai rasa yang sangat menyelerakan dan penyediaan masakan ini juga sangat mudah.

 

BAHAN-BAHAN:

 

Ayam

Bawang Besar

Ubi Kentang

Lobak merah

Cendawan butang

Kobis

Daun sup

Daun bawang

Rempah Ratus 3 beradik

Biskut lemak

Kiub ayam

Garam

 

 

CARA MEMASAK:

 

Hiris bawang besar dalam bentuk dadu.

Kobis dipotong besar

Tumis bawang besar dan rempah ratus 3 beradik sehingga naik bau

Masukkan ayam dan gaulkan

Masukkan ubi kentang, lobak merah dan cendawan butang

Gaul sehingga masak

Masukkan air

Biarkan sehingga ayam masak

Sediakan biskut lemak

Tumbuk biskut tersebut sehingga lumat (negara Portugal gunakan tepung)

Masukkan biskut yang telah dihancurkan tadi

Masukkan kiub ayam

Tunggu sehingga kentang dan lobak merah empuk

Masukkan kobis dan gaul rata

Tambah sedikit air

Masukkan biskut lemak, garam dan serbuk perisa

Tabur daun sup sebagai hiasan

014-6908434


Sara Frederica Santa Maria

25, Jalan Eredia,

Perkampungan Portugis Melaka

75050 Melaka