NORLIZA BINTI MD YAMIN

NORLIZA BINTI MD YAMIN

Norliza Binti Hj Md Yamin merupakan Jurulatih Seni Budaya Negara Cemerlang Seni Berbahasa Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Melaka. Beliau bertugas sebagai  seorang guru muzik di Melaka yang kini sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya dalam bidang kesusasteraan melayu.

Beliau dilahirkan pada 16 September 1976, merupakan anak kelahiran Melaka di Kampung Sempang Merlimau  Melaka.  Anak ke dua dari empat beradik ini  sangat aktif dalam bidang seni budaya  di Melaka mahupun di peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa. Beliau sememangnya berjiwa pendidik dan mendidik dengan ikhlas kepada anak bangsa dengan melahirkan begitu ramai pelapis-pelapis muda dalam bidang seni budaya. Antaranya dondang sayang, syair, puisi, rejang , nazam, berzanji dan banyak lagi.

Bukan setakat kanak-kanak sekolah rendah dan menengah, beliau juga sering mendapat jemputan dari institusi-institusi pengajian awam dan swasta untuk membimbing dan mengendalikan bengkel-bengkel berkaitan seni berbahasa. Beliau sering diundang untuk memberi bimbingan persembahan puisi-puisi tradisional dan moden, lagu-lagu rakyat, seni berbahasa dan banyak lagi bidang. Bimbingan dan latihan yang dikongsi tidak mengira bataasan umur . Prinsip beliau yang kuat iaitu berkongsi selagi ada, menjadi salah satu sebab utama mengapa beliau sangat selesa dijemput untuk berkongsi ilmu. Pihak Universiti Malaya, Universiti ITeknologi Mara, Universiti Kelantan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Melaka antara institusi pengajian yang menjadikan beliau sebagai rujukan untuk membimbing para mahasiswa universiti.  Pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka, Jkkn , INSWA , perpustakaan negara,dan banyak lagi badan kerajaan selalu memberi kepercayaan kepada beliau untuk menjadi panel dalam bual bicara dan penjurian bagi pertandingan-pertandingan di peringakt negeri, kebangsaan, antarabngsa juga nusantara.  Atas kegigigan beliau dalam menyebar luas ilmu dan melahirkan pewaris-pewaris , kerajaan negeri Melaka telah menganugerahi beliau sebagai Tokoh Budaya Melaka (Anugerah Penggerak Budaya) 2019 dan menerima pingat kurnia kerajaan negeri iaitu Pingat Kurniaan TYT Melaka Tun Mohd Ali Rustam iaitu Bintang Khidmat Terpuji (BKT)  pada 2020.

011-28143798

J7478, Jalan Seri Sempang 1,

Taman Seri Sempang,

77300 Merlimau

Melaka