DODOL PENGANAN

Penganan,
atau lebih dikenali sebagai Dodol, sering menjadi juadah utama pada musim perayaan.
Makanan tradisi ini dihasilkan daripada campuran santan kelapa, tepung pulut,
gula kabung, dan gula merah atau gula pasir.
Panaskan periuk dengan api perlahan. Masukkan santan dan kacau perlahan secara berterusan. Kemudian masukkan tepung pulut dan kacau. Seterusnya masukkan gula kabung dan gula merah atau gula pasir mengikut citarasa sendiri. Kacau berterusan sehingga pekat dan masak.