KUIH TRADISONAL SOPANG

KUIH TRADISONAL SOPANG

Kuih Sopang diperbuat daripada pisang, tepung pulut, santan, gula enau, dan garam, dengan inti kelapa parut. Kuih ini dinamakan sedemikian kerana diambil sempena nama pekan Sepang di Negeri Sembilan yang disebut “Sopang” dalam loghat tempatan negeri berkenaan.

 

Bagi cara memasaknya, adunan digaul hingga sebati dengan pisang yang telah dilenyek bersama tepung pulut. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan sedikit garam hingga adunan menjadi pekat serta sebati. Ambil sedikit adunan bulatkan kecil-kecil, kemudian  masukkan inti kelapa parut dan bentukkan menjadi bujur. Goreng hingga masak dengan api perlahan agar inti dan kulit kuih masak sepenuhnya. 


Dari segi rupa dan bentuknya, ada yang menganggap Sopang sama seperti Kuih koci atau Badak Berendam tapi sebenarnya ia berbeza sama sekali dari segi proses dan juga rasa.


Kuih sopang kurang diminati dalam kalangan generasi muda sebagi makanan harian kerana ia berkuah dan dianggap leceh untuk dihidang dan dimakan. Kuahnya yang melekit menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya dan perlu membasuh tangan selepas menikmatinya.


JKKN NEGERI SEMBILAN

Kompleks JKKN Negeri Sembilan,
Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 06-767 6793 Fax : 06-763 4417