KUIH APAM JOHOL

KUIH APAM JOHOL

Apam Johol dikatakan berasal dari Johol, Negeri Sembilan kerana terdapat ramai pengusaha dan pembuat makanan tinggal di kawasan ini. Kuih tradisi ini juga dikenali sebagai Apam Daun Rambai kerana ia dibalut menggunakan daun rambai. Terdapat juga beberapa jenis apam yang lain seperti Apam Putih, Apam Berkuah, Apam Pelangi dan Apam Polkadot.

Kuih ini biasanya diperbuat daripada tepung beras, ragi, santan dan gula yang menjadikannya gebu, lembut dan tidak terlalu manis. Ia sesuai dimakan bersama kuah sambal, rendang, bubur kacang, kuah gulai daging dan kuah durian dan dicincang bersama rendang atau cili tumis.


06-7631149

Lembaga Muzium Negeri Sembilan,  

Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban,  

Negeri Sembilan.