CENDOL SAGU RUMBIA

Cendol Sagu Rumbia adalah minuman manisan
daripada tepung sagu rumbia, tepung beras, gula merah, santan dan air
secukupnya. Tepung sagu rumbia dicampurkan dengan tepung beras mengikut
sukatan, dan dibancuh dengan air kemudian dimasak dan dikacau hingga likat.
Selepas itu dimasukkan ke dalam acuan cendol dan dilenyek hingga jatuh ke dalam
bekas yang berisi air. Cendol dibasuh dan ditos airnya, dihidang dengan
dicampur kuah gula merah dan santan.