AIR JANDA PULANG

AIR JANDA PULANG

Air Janda Pulang adalah minuman tradisional yang terkenal dalam masyarakat Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bahan asas penyediaannya ialah air kelapa muda dan isinya yang dicampur dengan gula enau atau gula melaka. Air Janda Pulang juga merupakan minuman atau pencuci mulut yang mampu menghilangkan dahaga terutamanya pada waktu panas terik. Kebiasaannya akan dicari dan diminum pada waktu panas kerana ianya mampu memberikan kesegaran selepas diminum.

06-7631149

Lembaga Muzium Negeri Sembilan, 

Jalan Sungai Ujong,

70200 Seremban, 

Negeri Sembilan.