ADAT RESAM MENITIK MATA SINGA DALAM PERSEMBAHAN TARIAN SINGA SELATAN

ADAT RESAM MENITIK MATA SINGA DALAM PERSEMBAHAN TARIAN SINGA SELATAN

Tarian Singa adalah tarian tradisi kaum Cina yang dipersembahkan dalam majlis keramaian atau pada musim-musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, dan majlis-majlis budaya, keagamaan serta perkahwinan. Terdapat dua jenis tarian singa iaitu Singa Utara dan Singa Selatan. Di Malaysia tarian Singa Selatan menjadi pilihan kerana ia lebih menghiburkan.

Sebelum memulakan adat menitik mata singa, muzik dram dimainkan sebagai tanda memberikan semangat dan kekuatan. Adat ini dimulakan dengan mengikat reben pada singa yang melambangkan kesihatan yang baik dan kekayaan.

Bahan-bahan yang digunakan ialah daun limau bali yang bertujuan untuk membuang nasib buruk, halia untuk membuang angin, serbuk merah bertujuan menghalau semangat jahat, dan
berus berwarna putih yang melambangkan kesucian. Bahan-bahan tersebut diletakkan di atas pinggan merah. Kemudian, dengan menggunakan berus, bahan dititik ke mata, telinga, hidung, mulut, badan, kedua-dua kaki dan dahi singa tersebut.

Masyarakat Cina percaya bahawa singa yang belum menjalani upacara ini dianggap singa liar, manakala singa yang telah melalui upacara ini secara rasmi akan membawa nasib yang baik.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, WPKL

Kompleks JKKN WPKL
Jalan Tun H.S Lee,

50000 Kuala Lumpur.
Tel : 03 - 2072 6431 / 6779
Faks : 03 - 2070 4064