ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MAH MERI KEMATIAN: MENGURUS MAYAT

ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MAH MERI KEMATIAN: MENGURUS MAYAT

Bagi suku Negrito dan Senoi upacara kematian dilakukan mengikut suku kaum sendiri. Upacara dimulakan dengan membersihkan si mati kemudian mayatnya diletakkan di tengah-tengah rumah untuk dilihat oleh ahli keluarga. Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok maka bibir si mati dikepilkan rokok sebagai tanda penghormatan. Bagi mereka yang suka makan sirih maka daun sirih diletakkan di bibir mereka sebagai syarat.

Tangisan ahli keluarga yang paling rapat haruslah perlahan supaya tidak mengganggu si mati. Pada masa yang sama mantera dibaca untuk dijadikan bekalan si mati. Antara perkara yang dilarang adalah mengungkit keburukan si mati, sebaliknya menceritakan kebaikan si mati semasa hidup supaya roh si mati tenteram di dunia akhirat kelak. Ada juga memakaikan si mati dengan pakaian yang cantik terutama pakaian perkahwinan sebagai tanda penghormatan terakhir.

Kebanyakan mayat dikebumikan di kawasan yang khas. Bagi masyarakat Orang Asli yang berpindah randah mereka mengebumikan si mati di kawasan penempatan mereka. Selepas itu mereka berpindah ke kawasan lain kerana dipercayai si mati akan menjadi hantu dan mengganggu ahli keluarga yang lain. Suatu ketika dahulu suku Negrito mengebumi mayat di kawasan tertentu seperti di bawah pokok besar atau batu besar, dalam gua atau diletakkan di sebelah busut. Namun amalan tersebut semakin berkurangan dengan mengambil kira faktor peningkatan tahap kemajuan yang diterima terutama daripada pihak kerajaan.

JKKN Selangor

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor

Tingkat 6, Menara Korporat,

Kompleks IDCC Shah Alam,

Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15

40200 Shah Alam

SELANGOR DARUL EHSAN

 Telefon        :   03- 5543 1654