ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MAH MERI KELAHIRAN: SEMASA MENGANDUNG

PENGENALAN
Masyarakat Mah Meri adalah komuniti kecil Orang Asli Malaysia dan penduduk pribumi negara ini. Secara rasminya Orang Asli dibahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Suku Negrito dan Senoi pula diklasifikasikan kepada enam suku kecil manakala suku Melayu Asli dipecahkan kepada tujuh suku kecil.
Oleh kerana terdapat pelbagai suku kaum dalam kalangan masyarakat Mah Meri, maka terdapat banyak perbezaan daripada segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan. Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan mempunyai keunikan tersendiri. Adat resam berikut memperlihatkan yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Mah Meri secara keseluruhan.
KELAHIRAN: SEMASA MENGANDUNG
Wanita Mah Meri yang mengandung, terutama daripada suku kaum Melayu Asli, menempah seorang bidan yang akan membantunya ketika bersalin. Ketika kandungan berusia tujuh bulan bidan berkenaan perlu melakukan upacara melenggang perut dengan menjampi wanita mengandung tersebut bertujuan mengusir sebarang semangat jahat dan gangguan lain. Adat ini juga penting untuk menentukan kandungan berada dalam keadaan betul agar memudahkan proses bersalin. Kelazimannya adat ini disertakan bersama jamuan makan.
Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diiikuti oleh wanita yang mengandung, iaitu :-
Tidak boleh mentertawakan binatang seperti monyet kerana dikhuatiri muka dan perlakuan bayi akan menyerupai haiwan berkenaan.
Dilarang memakan ikan yang berwarna merah kerana dikhuatiri berlakunya tumpah darah ketika melahirkan bayi.
Dilarang bekerja pada waktu-waktu subuh dan maghrib kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan kelihatan tidak bermaya kerana semangatnya telah terganggu.
Dilarang mengetuk paku pada kayu di sebelah petang kerana dikhuatiri bayi atau ibu akan sakit atau mati.