ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT INDIA KEMATIAN: UPACARA MENANGGALKAN THAALI

ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT INDIA KEMATIAN: UPACARA MENANGGALKAN THAALI

Thaali vaangutal adalah upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya kematian. Thaali hanya boleh ditanggalkan oleh isteri setelah kematian suami. Si balu berpakaian cantik lengkap dengan perhiasan dan duduk di sebelah mayat mendiang suami. Kemudian ia dijirus dengan sebuyung air dan gelang-gelang tangannya dipecahkan, serta kum-kum di dahinya dibuang. Kemudian ia dikalungkan bunga dan juga mendiang suami. Balu tersebut kemudian dikehendaki meletakkan kalungan bunga daripada leher mendiang suami ke dalam dulang berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh perempuan lain. Ini merupakan simbolik mendiang suami membuang thaali daripada leher balu. Proses ini dilakukan sebanyak tiga kali.

JKKN Selangor

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor

Tingkat 6, Menara Korporat,

Kompleks IDCC Shah Alam,

Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15

40200 Shah Alam

SELANGOR DARUL EHSAN

Telefon        :   03- 5543 1654