ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT CINA: SELEPAS KELAHIRAN - BERPANTANG

ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT CINA: SELEPAS KELAHIRAN - BERPANTANG

PENGENALAN

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama 40 hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya, bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat.

Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bahawa anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan, manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup kurang baik. Mereka juga mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

Daripada segi pemakanan masyarakat Cina menggunakan sejenis arak dalam masakan yang dibuat daripada beras yang diperam. Arak tersebut dicampur ke dalam adunan ayam, halia dan lada, kemudian ayam digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin di samping menguatkan tenaga.

JKKN Selangor

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor

Tingkat 6, Menara Korporat,

Kompleks IDCC Shah Alam,

Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15

40200 Shah Alam

SELANGOR DARUL EHSAN

Telefon        :   03- 5543 1654