ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT PATANI PENGKALAN HULU, PERAK: PERKAHWINAN

Adat perkahwinan dilakukan secara sederhana dan terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu merisik, melamar, bernikah dan akhir sekali majlis bersanding. Pada hari persandingan keluarga pihak pengantin perempuan mengadakan kenduri kahwin di rumah mereka dan mengundang sanak saudara dan rakan-rakan.
Adat ini diakhiri dengan majlis menyambut menantu atau dalam dialek Patani jemput menantu, biasanya pada hari ketiga selepas kenduri kahwin. Acara ini diadakan di rumah pihak pengantin lelaki dengan pengantin perempuan datang bermalam di rumah tersebut. Pengantin perempuan dan ahli rombongan disajikan dengan pelbagai jenis makanan sebagai tanda rasminya hubungan kedua pengantin sebagai pasangan suami isteri.