ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT BANJAR BAGAN SERAI, PERAK BAPUKUNG ATAU PUKONG

Bapukung bermaksud perbuatan menidurkan atau mendodoikan anak di dalam buaian sambil duduk. Seluruh anggota badan anak dibalut menggunakan kain dan hujungnya diikat dengan tali haduk atau ijuk. Semasa upacara ini dijalankan si ibu menyanyikan beberapa buah lagu. Antaranya adalah seperti berikut:-
Guring guring anakku guring
Guringakan dalam pukungan
Anakku nang bungas lagi bauntung
Hidup baiman mati baiman
Seandainya si anak enggan melelapkan mata, si ibu berkata:-
Hish! Cicak! Anakku jangan diganggu inya sudah guring.
Hish! Cicak! Anakku jangan diganggu dia sudah tidur.