MI UDANG

Mi Udang asalnya daripada pengaruh masakan masyarakat Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu. Kini hidangan ini terkenal dalam kalangan masyarakat tempatan.
Udang dijadikan sebagai bahan utama manakala mi diperbuat daripada tepung gandum. Bahan-bahan sampingan ialah kacang buncis, bawang merah, bawang putih, bawang kuning, pes cili, serta garam dan gula secukupnya. Cara penyediaan adalah seperti masakan spageti namun mi ini lebih berkuah dan rasanya manis disebabkan penggunaan udang dalam resipinya.