Permainan Tradisional

Permainan Tradisional

Permainan Tradisional adalah terdiri daripada pelbagai jenis permainan kanak-kanak dan orang dewasa yang menjadi amalan oleh generasi terdahulu. Permainan yang dimainkan adalah permainan di halaman rumah seperti Ting-Ting atau di dalam rumah seperti Congkak serta di kawasan terbuka seperti gelanggang, padang, sungai dan pantai dengan permainan seperti Wau, Gasing, Tiang Licin, Perahu Jong dan sebagainya.