Galeri Diraja Tuanku Ja'afar

Galeri Diraja Tuanku Ja'afar

Galeri Diraja Tuanku Ja'afar adalah sebuah muzium yang dibangunkan untuk menghidupkan kenangan DYMM Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Majlis pra pelancaran yang menandakan pembukaan fasa pertama galeri ini telah diadakan pada 4 Disember 2014 oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah bt Tunku Besar Burhanuddin.

Pameran yang disediakan adalah berkonsepkan perjalanan biografi kehidupan baginda.

Pengunjung akan dapat menghayati sejarah pemerintahan baginda dan mengambil ikhtibar daripada pengalaman tersebut. Ruang pameran akan diperbaharui setiap tahun untuk memberi kelainan dan tarikan baru kepada pengunjung.

 Kemudahan Ruang :

1.    8 buah ruang pameran utama

2.    1 buah ruang pameran sementara

3.    Dewan Seri Jannah (500 orang)

4.    Dewan Seri Serting (1000 orang)

5.    Pusat Sumber.

Lain - Lain Perkhidmatan :

 Pakej Sewaan Dewan & Katering.

Galeri Diraja Tuanku Ja’afar

Hall Rental & Catering Package.

Jalan Taman Bunga

70000 Seremban

Negeri Sembilan

Tel  : 06-7619102/910    Fax : 06-7619105

Email : admin@gdtjns.com