Program Pemetaan Budaya (Cultural Mapping) merupakan program di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) untuk merekod, mendokumentasi, melakar landskap budaya khususnya dalam bidang seni persembahan, makanan tradisional, permainan tradisional, adat resam, tokoh seni dan budaya tempatan serta prasarana seni persembahan . Semasa bengkel Inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam anjuran pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah mencadangkan penjenamaan program Pemetaan Budaya kepada Program Pemetaan Pelancongan Budaya (Cultural Tourism Mapping). Pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) memutuskan untuk mengekalkan program Pemetaan Budaya (Cultural Mapping) sebagai salah satu Inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam KPK yang akan meningkatkan kolaborasi antara agensi dan sektor di bawah KPK dengan kementerian – kementerian lain yang berkenaan.